Rancangan
Pembelajaran dan Pengajaran Harian
Tahun
: 1 Aktif
Tarik : 24/04/2012
Hari : Selasa
Masa : 2:00
- 2.30 petang
Tema :
Keluarga
Tajuk
:
Keluarga Huda (Kata Nama Am)
Standard Kandungan:
5.1
Memahami
dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks
Standard Pembelajaran: 5.1.1
Memahami dan
menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut konteks
Objektif:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Menyebut
kata nama am bagi benda , manusia,tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.
2. Menulis
kata nama am bagi benda, manusia,tumbuh-tumbuhan,dan haiwan.
Aktiviti:
Set induksi:
Murid mendengar nyanyian dari CD, kemudian murid menyanyi secara kelas.
Langkah 1
Guru menunjukkan gambar kata nama am bagi benda,haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan
manusia.
Murid menyebut kata nama am bagi benda, haiwan,tumbuh-tumbuhan,dan manusia.
Langkah 2
Guru menunjukkan
perkataan bagi kata nama am
Murid menyebut perkataan kata nama am dengan
intonasi yang betul dan jelas.
Langkah 3
Guru menunjukkan gambar kata nama am ,contohnya
Keluarga Huda (bapa, ibu, kakak, abang dan adik) ,Kucing,burung,zirafah,arnab,baju,
bola, meja, kereta,pokok pisang, dan polis.
Murid mengeja gambar yang ditunjukkan oleh guru
dengan ejaan yang betul.
Langkah 4
Guru beri penerangan tentang jenis-jenis kata nama
am bagi manusia ,benda,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Murid membuat kerja
dalam kumpulan. Contohnya menulis kata nama am benda bagi manusia ,haiwan
dan tumbuh-tumbuhan
Setiap kumpulan menyenaraikan satu jenis kata nama
am
Wakil setiap kumpulan membaca jawapan di hadapan
kelas
Langkah 5
Guru menunjukkan contoh perkataan kata nama am
.Murid menyebut kata nama am dengan intonasi yang betul dan sebutan yang jelas.
Murid melengkap ejaan kata nama am.
Murid diminta untuk menyiapkan latihan yang diberi
oleh guru dalam bentuk lembaran.
Guru memungut hasil kerja murid yang telah siap.
Penutup
Guru membuat rumusan mengenai kata nama iaitu:
Kata nama am bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda
Murid diperdengarkan nyanyian dari CD dan murid menyanyi bersama-sama.
EMK: Kreativiti
Nilai: Kasih-sayang
Ilmu : Dunia Muzik
Bahan: Radio,gambar,kad perkataan, lembaran kerja
aktiviti kumpulan dan lembaran kerja
melengkapkan ejaan.
Penilaian/Refleksi
Murid dapat menyebut dan menulis kata nama am
dengan betul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan