WELCOME NOTE

Ahad, 29 April 2012

Aktiviti murid di dalam bilik dajah


Murid-murid sedang menyanyi 


Murid sedang menamakan gambar kata
 nama am yang ditunjukkan oleh guru

Murid-murid  mengeja perkataan
yang ditunjukkan oleh guru

Guru sedang mengedarkan lembaran
kerja berkumpulan


Murid menulis jawapan dalam kumpulan
 dengan bimbingan daripada guru


Murid membaca jawapan yang
ditulis di hadapan kelas


Murid melengkapkan jawapan
pada lembaran kerja


Murid menulis jawapan pada
lembaran kerja secara individu

BAHASA MELAYU TAHUN SATU

Sabtu, 28 April 2012

Lembaran kerja bagi kumpulan



Lembaran kerja (kumpulan)


Kata Nama Am
Senaraikan 5 jenis kata nama am bagi manusia
1.......................
2.......................
3.......................
4.......................
5.......................

Senaraikan 5 jenis kata nama am bagi benda
1......................
2......................
3......................
4......................
5......................

Senaraikan 5 jenis kata nama am bagi tumbuh-tumbuhan
1.....................
2.....................
3.....................
4.....................
5.....................

Senaraikan 5 jenis kata nama am bagi haiwan
1.....................
2.....................
3.....................
4.....................
5.....................

Lembaran kerja untuk individu
Melengkapkan ejaan

1.  k e__ __n i


2.  a s k __r


3.  k __ c __ n g


4.  k__r b __ u


5. e p __ l


6. l __b__


7. s__ l i p a r



Perkataan Kata Nama Am

Kata nama am bagi manusia
guru
posmen
jururawat
tentera
doktor
peguam
nelayan

Kata nama am bagi benda
kipas
radio
gelas
kerusi
bakul
kunci
lori

Kata nama am bagi tumbuh-tumbuhan
pokok kelapa
pokok betik
pokok jambu
pokok rambutan
pokok nanas
pokok durian
pokok manggis

Kata nama am bagi haiwan
ayam
itik
badak
buaya
kambing
penyu

Kata nama am tumbuh-tumbuhan

                                                                          pokok kelapa

                                                                      pokok pisang

Gambar Kata Nama Am


Keluarga Huda
 
Kata nama am bagi manusia
(ayah,emak,abang,kakak dan adik)

Kata nama am bagi benda
(meja, baju, bola dan kereta)


 Kata nama am bagi haiwan
(burung, kucing, ikan dan zirafah)

Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran Harian


Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran Harian
Tahun         : 1 Aktif
Tarik           : 24/04/2012
Hari             : Selasa
Masa            : 2:00 - 2.30 petang
Tema           :  Keluarga
Tajuk           :  Keluarga Huda (Kata Nama Am)

Standard Kandungan:  5.1
 Memahami dan  menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks
Standard Pembelajaran: 5.1.1
 Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul  mengikut konteks

Objektif:
Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.      Menyebut kata nama am bagi benda , manusia,tumbuh-tumbuhan, dan haiwan.
2.      Menulis kata nama am bagi benda, manusia,tumbuh-tumbuhan,dan haiwan.
Aktiviti:
Set induksi:
Murid mendengar nyanyian dari CD, kemudian  murid menyanyi secara kelas.

Langkah 1
Guru menunjukkan gambar kata nama am  bagi benda,haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan manusia.
Murid menyebut kata nama am bagi benda, haiwan,tumbuh-tumbuhan,dan  manusia.
Langkah 2
Guru menunjukkan  perkataan  bagi kata nama am
Murid menyebut perkataan kata nama am dengan intonasi yang betul dan jelas.

Langkah 3
Guru menunjukkan gambar kata nama am ,contohnya
Keluarga Huda (bapa, ibu, kakak, abang dan adik) ,Kucing,burung,zirafah,arnab,baju, bola, meja, kereta,pokok pisang, dan polis.
Murid mengeja gambar yang ditunjukkan oleh guru dengan ejaan yang betul.

Langkah 4
Guru beri penerangan tentang jenis-jenis kata nama am bagi manusia ,benda,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Murid membuat kerja  dalam kumpulan. Contohnya menulis kata nama am benda bagi manusia ,haiwan dan  tumbuh-tumbuhan
Setiap kumpulan menyenaraikan satu jenis kata nama am
Wakil setiap kumpulan membaca jawapan di hadapan kelas

Langkah 5
Guru menunjukkan contoh perkataan kata nama am .Murid menyebut kata nama am dengan intonasi yang betul dan sebutan yang jelas.
Murid melengkap ejaan kata nama am.
Murid diminta untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh guru dalam bentuk lembaran.
Guru memungut hasil kerja murid yang telah siap.

Penutup
Guru membuat rumusan mengenai kata nama iaitu:
Kata nama am bagi  manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda
Murid diperdengarkan nyanyian dari             CD dan murid menyanyi bersama-sama.
EMK: Kreativiti
Nilai: Kasih-sayang
Ilmu : Dunia Muzik
Bahan: Radio,gambar,kad perkataan, lembaran kerja aktiviti kumpulan dan lembaran  kerja melengkapkan ejaan.
Penilaian/Refleksi
Murid dapat menyebut dan menulis  kata nama am  dengan betul

Rabu, 18 April 2012

Bahasa Malaysia Tahun 1:

Bahasa Malaysia Tahun 1:
Assalamualaikum

Saya Pn.Faridah binti Abdul Rahman.
Bertugas di SK Taman Molek, Johor Bahru
Guru Bahasa Malaysia Tahun 1
Sekarang mengikuti kursus PPG/PJJ Ambilan 2011/2012

Saya sedang  belajar membuat blog dan sudi kiranya rakan-rakan membantu saya dan memberi ulasan.